Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti…
Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?
Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…
Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ at least setahun sekali.
Mindset Mengukur Keuntungan
Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.
Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.
Harga Emas Paling Rendah & Tinggi
Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas, harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. Ini sekadar pemerhatian umum jer. Pergerakan sebenar ikut keadaan ekonomi semasa terutamanya ekonomi US.
Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, beli awal tahun, jual akhir tahun. Lepas jual, kira berapa EXTRA CASH yang ada ditangan. Duit modal asal tu simpan dulu dalam Tabung Haji untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.
Tahun 2012 harga mendatar disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah.
Start Beli Semula Awal Tahun
Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 . Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.
Kat sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping jer sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping… Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)
Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?
Lain la macam saya. Saya simpan emas untuk WEALTH PROTECTION. Saya tak peduli harga emas tinggi rendah, tapi yang penting, harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak peduli sangat harga tinggi rendah. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak makan duit untung tu.
Bila ada duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun, saya akan tukarkan ke dalam bentuk emas. Bila nak pakai duit, baru saya jual. Walaupun harga emas tengah meroket, saya tak jual emas-emas saya sebab saya adalah penyimpan emas! Kiraan saya ialah berapa GRAM emas yang saya ada. Katakanlah tahun lepas saya ada 50 keping dinar emas, tahun ni saya akan pastikan emas saya bertambah menjadi 60 keping atau lebih dengan membelinya secara konsisten…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan