Masa harga gold bar 20 gram sekitar RM3,150 (RM158/gram) takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700 (RM185/gram), baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah buktinya. Ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan agen ( ahli & stokis ) lain. Tapi ambil la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.
Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya “nanti harga emas turun bagi tahu yer..”. Tapi bila harga emas turun, ramai yang teragak-agak untuk beli sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melepasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 2 tahun jadi agen/stokis/dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun ke atas. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 15% – 20% setahun.
Jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20 gram sekitar RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 – RM3,000. Habis…
Faktor ‘Fundamental’ Luar Jangka
Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi… Nasib baik saya adalah agen Emas. Hasil jualan dan keuntungan penjualan Emas boleh cover blk.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebab ramalan pergerakan harga akan tersasar bila berlaku perubahan ekonomi dan politik luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 – 1980.
Dan faktor yang sangat pasti, matawang dollar US semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Bila negara-negara tu ‘bangkrap’, orang tak nak pakai dah duit kertas dollar US! Seluruh dunia akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!
Menurut Sheikh Imran Hosein dan Mike Maloney (pakar sejarah matawang), petanda-petanda ekonomi hari ni menunjukkan mawatang dollar US hampir runtuh dan pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.
Masa Terbaik Membeli Emas
Jadi, lepas setahun perhati naik turun harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas sebab emas adalah penyimpan kekayaan paling ampuh dari sebarang bencana ekonomi.
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan