Khamis, 28 Ogos 2014

Bila masa terbaik memBELI EMAS?


Masa harga gold bar 20 gram sekitar RM3,150 (RM158/gram) takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700 (RM185/gram), baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah buktinya. Ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan agen ( ahli & stokis ) lain. Tapi ambil la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya “nanti harga emas turun bagi tahu yer..”. Tapi bila harga emas turun, ramai yang teragak-agak untuk beli sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melepasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 2 tahun jadi agen/stokis/dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun ke atas. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 15% – 20% setahun.


Jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20 gram sekitar RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 – RM3,000. Habis…

pelaburan emas public goldHarga emas berkadar songsang dengan dollar US.

Faktor ‘Fundamental’ Luar Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi… Nasib baik saya adalah agen Emas. Hasil jualan dan keuntungan penjualan Emas boleh cover blk.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebab ramalan pergerakan harga akan tersasar bila berlaku perubahan ekonomi dan politik luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 – 1980.
Dan faktor yang sangat pasti, matawang dollar US semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Bila negara-negara tu ‘bangkrap’, orang tak nak pakai dah duit kertas dollar US! Seluruh dunia akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

utusan 2 november 2010 dollar tisu tandas dinar emas tun mahathirMenurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh.

Menurut Sheikh Imran Hosein dan Mike Maloney (pakar sejarah matawang), petanda-petanda ekonomi hari ni menunjukkan mawatang dollar US hampir runtuh dan pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas

Jadi, lepas setahun perhati naik turun harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas sebab emas adalah penyimpan kekayaan paling ampuh dari sebarang bencana ekonomi.

LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!

Jumaat, 22 Ogos 2014

Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas


Post image for Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas
Dulu start modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?
Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti…

Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…
Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ at least setahun sekali.

Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.
Untung pelaburan emas
Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Harga Emas Paling Rendah & Tinggi

Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas, harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. Ini sekadar pemerhatian umum jer. Pergerakan sebenar ikut keadaan ekonomi semasa terutamanya ekonomi US.
Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, beli awal tahun, jual akhir tahun. Lepas jual, kira berapa EXTRA CASH yang ada ditangan. Duit modal asal tu simpan dulu dalam Tabung Haji untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.
trend harga emas 2012
Tahun 2012 harga mendatar disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah.
harga emas kitco 2012Harga emas 2012 hingga akhir tahun (kemaskini Mac 2014)

Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 . Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.
Untung-pelaburan-emas-belian-semula editedKat sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping jer sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping… Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)

Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Lain la macam saya. Saya simpan emas untuk WEALTH PROTECTION. Saya tak peduli harga emas tinggi rendah, tapi yang penting, harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak peduli sangat harga tinggi rendah. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak makan duit untung tu.
duit kertas anai-anaiSaya beli emas untuk lindungi kekayaan, bukan untuk jana untung tunai.
Bila ada duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun, saya akan tukarkan ke dalam bentuk emas. Bila nak pakai duit, baru saya jual. Walaupun harga emas tengah meroket, saya tak jual emas-emas saya sebab saya adalah penyimpan emas! Kiraan saya ialah berapa GRAM emas yang saya ada. Katakanlah tahun lepas saya ada 50 keping dinar emas, tahun ni saya akan pastikan emas saya bertambah menjadi 60 keping atau lebih dengan membelinya secara konsisten…

LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!

Rabu, 13 Ogos 2014

Perak..EMAS alaf baru!

Walaupun media massa sentiasa memberi perhatian kepada emas, saya percaya bahawa berita dari media selalu ketinggalan. Ya memang saya tidak nafikan bahawa emas akan melepasi paras $ 2,000 auns dalam masa terdekat tetapi saya juga memberi sepenuh perhatian saya kepada aset pelaburan komoditi  di mana kebanyakan orang kurang memberi perhatian, iaitu PERAK!
Perak, Emas Alaf Baru!
Saya mula melabur komoditi perak ketika harganya di paras $15 dan sebab-sebab yang saya melabur dalam perak adalah mudah:
Pertama, semua alat elektrik perlu kepada bahan perak. Perak adalah lebih daripada logam berharga. Ia adalah logam industri dengan daya ketahanan yang tinggi untuk haba dan kekonduksian elektrik tertinggi berbanding mana-mana elemen lain. Dengan permintaan yang semakin meningkat bagi telefon bimbit, komputer dan panel solar, ini telah mencetuskan permintaan yang lebih besar untuk perak.
Kedua, seperti yang kita lihat kemungkinan peningkatan keadaan hiperinflasi, emas berpotensi kembali semula sebagai mata wang rizab muktamad. Apabila hari itu tiba, perak akan kembali semula seumpama “emas untuk orang berkemampuan sederhana”. Sepanjang sejarah, perak telah memainkan peranan yang penting sebagai satu cara pertukaran atau wang.
Kegunaan logam perak
Pada purba Dinasti Ming, satu auns emas adalah sama dengan nilai empat auns perak. Perak telah digunakan untuk membeli makanan harian, barangan dan perkhidmatan. Itulah sebabnya apabila kita melafazkan ‘BANK’ dalam bahasa Mandarin, ia juga mempunyai satu lagi erti yang ‘Penyimpanan Perak!’
Pembetulan Harga Perak
Pada bulan April 2011, harga perak mula menjunam dan melalui pembetulan  harga yang mengambil masa lebih daripada setahun. Bagaimanapun, saya percaya bahawa pembetulan harga  ini akan berakhir. Seperti emas mula bergerak pada masa-masa apabila pelonggaran kuantitatif norma, perak akan bergerak pantas. Dengan peranan dua sifat perak iaitu sebagai logam berharga dan industri, ini akan mempercepatkan lagi kenaikan harga yang tinggi!
Harga perak akan mula melonjak ke paras lebih tinggi kali ini, $50 akan menjadi sasaran yang mudah dicapai.
Membeli Rendah, Jual Tinggi
Pengetahuan asas pelaburan adalah untuk membeli rendah & menjual pada harga tinggi. Harga perak pada ketika ini adalah rendah justeru peluang terbaik untuk membeli sebelum berlakunya pemindahan kekayaan yang terbesar di dalam sejarah. Cara terbaik untuk melabur dalam komoditi perak hari ini adalah untuk membeli syiling dan bar.

LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!