Khamis, 7 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016..

Assalammualaikum w.b.t....

Selamat tahun baru 2016 kepada semua Gold Saver semua. Adakah kita masih meneruskan simpanan pada Emas Fizikal ataupun sudah beralih kepada bentuk simpanan yang lain seperti ASB, Tabung Haji dan sebagainya? Hanya kita sahaja yang tahu apakah matlamat pelaburan masing-masing sama ada berbentuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.



Baru-baru ini salah satu instrument pelaburan yang mendapat sokongan penuh dan jaminan kerajaan iaitu PNB melalui pelaburannya ASB telah mengumunkan dividen sebanyak 7.50% dan 1% berbentuk bonus. Ia juga dikatakan dividen antara yang terendah diberikan oleh PNB.



Adakah dividen yang diumumkan ini mengecewakan anda ataupun diri kita tidak ambil kisah asalakan ada dividen? Tepuk dada tanya selera. Disini juga saya ingin bandingkan antara ASB dan EMAS FIZIKAL dan yang mana lebih menguntungkan.

Saya beri contoh :

ASB
Sekiranya anda melabur dalam ASB sebanyak RM50,000. Dan membiarkan pelaburan anda itu selama setahun dan perolehan yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM3,750. Bermakna sebulan keuntungan anda hanya RM312.50. Adakah kita masih merasakan ia pelaburan yang terbaik?



EMAS FIZIKAL
Untuk pengetahuan semua apa yang boleh saya perkatakan, saya hanya menyimpan Emas selama 3 bulan sahaja dan memperolehi keuntungan sekitar 18%!! Ini bermakna sekiranya saya membeli Emas sebanyak RM50,000 dan saya akan memperolehi keuntungan sebanyak RM9,000 hanya untuk 3 bulan sahaja iaitu purata RM3,000 sebulan. Menarik bukan? Tetapi ia memerlukan ilmu dan kepakaran yang khusus dimana saya patut membeli dan menjual semula Emas saya tersebut.

Dengan itu saya sarankan agar kepada anda-anda semua hadir ke seminar Emas Public Gold untuk mengetahui lebih mendalam tentang ilmu Emas dan boleh juga menghubungi saya untuk sebarang kekeliruan dan pertanyaan.

Azhar Abdullah
019.665.7700
call/sms/whatsapp
Pengedar Sah Emas Fizikal Public Gold




Tiada ulasan:

Catat Ulasan