Emas dan hartanah, dua jenis aset yang saya paling suka. Tapi antara emas atau hartanah, yang mana lebih baik? Bagi saya kedua-duanya baik. Tak ada istilah emas lebih baik dari hartanah, atau hartanah lebih baik dari emas. Ia dua aset berbeza, yang mempunyai kelebihan masing-masing. Yang mana lebih baik tu bergantung cara kita memanfaatkan emas ataupun hartanah. Seolah-olah membandingkan motosikal dengan kereta. Motorsikal lebih baik sebab jimat masa dari terkandas dalam jem, jimat duit tol dan dan petrol. Kereta lebih baik sebab lebih selamat dari kemalangan, selamat dari hujan, dan badan pun tak letih. Masing-masing ada kelebihan. Begitu jugalah antara emas dan hartanah.
Emas Ideal Sebagai Simpanan
Saya nampak emas aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan. Bagi saya, emas adalah duit. Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duiton-the-spot.
Emas boleh dibeli walaupun modal kecil. Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah i.e. tinggal menetap di sesuatu tempat.
Emas boleh dijadikan alternatif simpanan bagi mereka yang diisytihar bangkrap sebab emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).
Emas aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.
Peluang Kaya Dengan Pinjaman
Hartanah pula bagi saya adalah alat yang bagus untuk gandakan kekayaan dengan hutang i.e. hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Dan mungkin hartanah antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh leverage PINJAMAN bank. Bank berlumba-lumba bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat ‘secure’ bagi bank.
Harga rumah makin lama makin naik. Kalau tak duduk, ia boleh disewakan. Kita boleh dapat “passive income” bulanan dengan hartanah. Hasil duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita. Katakanlah lepas 5 tahun beli rumah dan kita tak mampu bayar, kita boleh jual jer rumah tu dengan harga yang lebih tinggi. Dan katakanlah kita mati, rumah tu 100% jadi milik keluarga (ahli waris) secara percuma kalau kita ambil perlindungan takaful. Itulah kelebihan hartanah.
Lindungi Kekayaan Dengan Aset Fizikal
Saya ada terbaca tulisan Robert Kiyosaki katanya, 40% kekayaannya disimpan dalam bentuk hartanah, 25% dalam bentuk emas dan perak. Hanya 10% kekayaannya dibiarkan dalam bentuk tunai. Maksudnya, at least 65% daripada kekayaannya disimpan dalam bentuk ASET FIZIKAL! Bukan aset kertas. Bila berlaku ketidaktentuan ekonomi, aset fizikal akan bertahan. Bila berlaku ketidakstabilan politik negara, ‘tali hayat’ terakhir yang akan jadi penyelamat tentunya emas dan perak sebagaimana saya pernah terangkan dalam artikel “Emas Penyelamat Bencana Kewangan”.
Jadi bagi saya, tukar simpanan jangka panjang kepada emas. Paksa diri jadi orang kaya dengan beli hartanah. Samada emas atau hartanah, kedua-duanya mesti bermula dengan ilmu.
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan