Soalan ini memang sepatutnya ada di fikiran kita sebelum memulakan apa jua jenis perlaburan baik pelaburan ASB, unit trust seperti Public Mutual, hartanah dan sebagainya. Untuk berjaya dalam pelaburan yang kita ceburi, adalah amat penting untuk kita buat sedikit kajian tentang butiran pelaburan itu...yalah apa risikonya, bagaimana nak jana lebih keuntungan, rekod pulangan pelaburan tersebut, dokumen yang perlu disediakan untuk melabur dan segala 'hidden' charge yang perlu kita bayar....Jangan jadi macam saya...Sebelum ini saya ikut je apa orang cakap tanpa membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu...Alhamdulillah saya tak rugi...cuma kurang untung...Lain kali saya postkan pengalaman saya dalam pelaburan selain daripada emas ok...
Kenapa saya pilih PERLABURAN EMAS?
1. Emas adalah aset sebenar yang kalis inflasi.
Harga emas meningkat dari setahun ke setahun, samalah seperti harga barangan keperluan. Bezanya apabila orang ramai merungut bila harga barang naik, tauke-tauke emas pula bersorak gembira! Hihi...yalah bila harga emas naik, kita boleh jual. Dah jual bolehlah shopping :)
Apa maksud emas aset sebenar yang kalis inflasi? Aset - Nilainya akan BERTAMBAH selepas suatu tempoh tertentu. Harga emas semakin tahun semakain meningkat dan emas tidak mempunyai susut nilai seperti wang kertas. Semakin lama emas kita disimpan, semakin tinggi nilai emas kita. Sila baca artikel ini: (Aset Vs Liabiliti) Pada tahun 1980an, bekal 10 sen ke sekolah dah dapat beli 1 karipap yang saiznya besar. Hari ini anak kita beli sebiji karipap 30sen, dahlah saiznya kecil..1 biji memang tak cukup! Maknanya, kuasa membeli menggunakan wang kita semakin rendah nilainya. Hari ini para guru sibuk memperkatakan gaji guru baru besar...Betulkah besar? Jika kita nak bandingkan kuantiti barangan / perkhidmatan yang boleh dibeli dengan RM2k hari ini sama tak dengan RM1.5k kita 15 tahun lepas? Sila baca artikel ini: (Gaji dalam DINAR)
Hyper inflasi di Zimbabwe sungguh menyedihkan rakyatnya.
Bayangkan saja untuk membeli 3 biji telur, mereka memerlukan 100 billion dollar Zimbabwe!
3. Emas tidak dapat dibinasa.
Tidak seperti wang kertas, apabila terbakar, wang kertas akan binasa dan tidak bernilai lagi. Emas memang akan leburapabila dipanaskan tetapi HANYA pada suhu yang sangat tinggi. Setakat suhu kebakaran rumah biasa, emas masih lagi boleh bertahan, cuma warna dan bentuknya berubah sedikit sahaja. Sebab tu kadang-kadang kita dapati mangsa kebakaran akan cuba mencari rantai emas mereka di bawah puing-puing kebakaran...Kalau emas menjadi debu sekalipun, ia tetap bernilai! Nantikan satu fakta menarik yang bakal saya kongsi dapat artikel akan datang iaitu "resepi" emas! Rupa-rupanya ada orang MAKAN emas! Orang kaya lah tu...
4. Nilai emas semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Saya tidak mereka-reka cerita. Perhatikan graf di bawah. Orang kata, picture speaks more than word. Anda boleh juga ke laman web www.kitco.com untuk melihat sejarah kenaikan harga emas dalam bentuk graf.
Kita tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk mengulas informasi dalam graf tersebut. Terbukti grafnya memang meningkat untuk jangka masa panjang!
Bagaimana dengan graf nilai wang kertas? For sure grafnya berkurang setiap tahun...Nilai wang kertas kita semakin menurun dari tahun ke tahun disebabkan inflasi.
5. Emas LAKU di mana-mana sahaja
Nilai emas sukar untuk diukur berdasarkan mata wang kertas dan syiling tembaga. Hakikatnya, mata wang HANYA menjadi bernilai hanya setelah ianya dicop dengan menggunakan cop rasmi kerajaan satu-satu negara yang berdaulat, kemudian diberikan nilai dan diakui sah oleh institusi perbankan negara tersebut.
6. Saiz tidak mencerminkan nilainya!
Nilai 1 dinar pada masa artikel ini ditulis ialah RM638. 20g gold bar yang harganya RM2994 sekarang, hanya sebesar duit 10sen. Bayangkan anda menyimpan RM2994 di dalam wallet anda? Mungkin tidak muat sebab terlalu tebal. Inilah satu lagi faktor ramai individu terkenal hanya membawa jongkong emas sekiranya mereka nak berhijrah ke negara lain. Disebabkan saiznya yang kecil inilah maka ia mudah disorok dan dibawa ke mana-mana...
Maka, sekiranya anda seorang pelabur yang bijak anda tentunya akan memilih untuk
menukarkan sebahagian dari wang kertas anda di dalam bentuk emas fizikal untuk
meningkatkan nilai aset yang anda perolehi dari hasil titik peluh anda selama ini. Itulah
yang saya buat sekarang ini. Sedikit demi sedikit wang simpanan yang saya ada saya
tukarkan dlm bentuk emas untuk keperluan di masa hadapan.
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan