Ahad, 27 Mac 2016

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA

Assalammualaikum w.b.t....
Bagaimana dengan simpanan Emas kita masing-masing?
Makin bertambah atau berkurang...?hmmmm
Simpanan Emas masing-masing kita sendiri yang menentukannya samada banyak atau sedikit yang penting kita sudah bermula dengan Emas Fizikal.
Itulah sebenar-benarnya pelindung kekayaan kita berbanding wang kertas.
Kali ini saya akan menulis tentang adakah Emas di terima diseluruh dunia berbanding wang kertas. Menarik bukan...
Apa yang saya boleh rungkaikan tentang Emas ialah merupakan satu-satunya aset yang diterima di mana-mana sekalipun diseluruh dunia. Ini FAKTA!

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi Kecairan Emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Perkembangan Institusi Ar-Rahnu di Malaysia memudahkan anda mendapat pinjaman dalam bentuk tunai sehingga 70% daripada nilai Emas anda.
Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa Emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan Emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975).

Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa Emas kerana mereka percaya Emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?

Ilmu itu yang membezakan kedudukan kita dengan yang lain. Dalam dunia mereka mungkin wang kertas itulah segala-segalanya tetapi bukan saya dan anda-anda semua.
Fikirkan saja bagaimana RM boleh merudum...inflasi yang tinggi di venezuela...ini kerana wang kertas boleh dimanipulasi pada bila-bila masa saja tanpa sebarang petunjuk.
Tetapi tahukah anda bagi mereka yang asetnya berbillion USD dan sebagainya mereka masih memilih EMas sebagai wealth protector mereka. Itu yang kita tidak tahu dan kerana itulah mereka mampu mengekalkan kekayaan walaupun apa pun yang terjadi pada Ekonomi Dunia....wallahualam

Azhar Abdullah
019.665.7700
call/sms/whatsapp
Pengedar Sah Emas Fizikal Public Gold
PG Code : 042248



Sabtu, 16 Januari 2016

" Gold Bar vs Barang Kemas "



Assalammualaikum w.b.t & kepada semua gold saver...rasanya dah lama x update blog ni...terlalu fokus pada PAGE dan Instagram sahaja. Hari ni nak share sedikit perkongsian antara membeli barang kemas vs Gold BAr....InsyaAllah perkongsian saya ini memberi manfaat kepada semua Gold Saver agar dapat memberi panduan dan memilih mana yang lebih baik untuk pelaburan anda.

Hari ini juga ada dua tiga orang sahabat yang ingin memulakan simpanan Emas menghubungi saya. Kata mereka nak simpan Emas sebagai jaminan masa depan.
Sebagai permulaan sudah tentu pelbagai persoalan yang diajukan kepada saya. Bermacam-macam soalan dan itu sudah tentu kerana bagi mereka yang ingin memulakan simpanan Emas inginkan pelbagai info bagi mengelakkan dari tertipu oleh pelaburan Emas yang bertopengkan Skim Cepat Kaya!! Awas Semua!!

Antara soalan yang paling banyak diajukan adalah... Apa bezanya antara Gold Bar & Barang Kemas? Adakah kedua-duanya bagus untuk pelaburan?
Soalan yang bagus!
Dalam Pelaburan Emas Fizikal sudah tentu kita menginginkan keuntungan yang maksimum dan cepat mendapat hasil dari kenaikan harga Emas tersebut. Perkara penting dalam pelaburan Emas Fizikal bagi memaksimumkan keuntungan adalah dengan "SPREAD". Anda boleh rujuk post saya bertarikh 19 Jun 2015.
SPREAD yang rendah adalah paling bagus. Sebaliknya bagi SPREAD yang tinggi.
Apa bezanya SPREAD Gold Bar & Barang Kemas??
Gold Bar = rendah iaitu bermula dari 5% hingga 10% (public gold)
Barang Kemas = 20% hingga 45% dan ia amat-amat tinggi!


Contoh 1:
Sekiranya anda membeli Gold Bar Public Gold 50gram dengan SPREAD nya 6.5% sebagai pelaburan dan ia mengalami kenaikan harga sebanyak 22%.
Berapakah peratus keuntungan anda?
22% - 6.5% = 15.5%
Peratus keuntungan anda adalah 15.5%.


Contoh 2:
Sekiranya anda membeli barang kemas jenama XXXX sebagai pelaburan dengan SPREAD nya sebanyak 35% dan ia juga mengalami kenaikan yang sama iaitu 22%. Berapakah peratus keuntungan anda?
22% - 35% = -13%.
Peratus keuntungan anda adalah -13%.
Anda masih belum boleh lagi menerima keuntungan dari kenaikan harga Emas tersebut. Dan anda memerlukan kenaikan harga yang betul-betul tinggi melebihi 35% untuk mencipta keuntungan!!!???
Sudah tentu ia merugikan anda kerana memerlukan masa yang lama untuk anda mencipta keuntungan.



Berbeza dengan Gold Bar. Boleh dikatakan Barang Kemas sebenarnya tidak sesuai untuk kita buat sebagai pelaburan dan cukup untuk kita membeli sebagai perhiasan untuk isteri dan anak-anak sahaja.
Untuk info dan pertanyaan mengenai pelaburan Emas Fizikal anda terus
boleh hubungi saya di talian :

Azhar Abdullah
019.665.7700
call/sms/whatsapp
Pengedar Sah Emas Fizikal Public Gold


Khamis, 7 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016..

Assalammualaikum w.b.t....

Selamat tahun baru 2016 kepada semua Gold Saver semua. Adakah kita masih meneruskan simpanan pada Emas Fizikal ataupun sudah beralih kepada bentuk simpanan yang lain seperti ASB, Tabung Haji dan sebagainya? Hanya kita sahaja yang tahu apakah matlamat pelaburan masing-masing sama ada berbentuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.



Baru-baru ini salah satu instrument pelaburan yang mendapat sokongan penuh dan jaminan kerajaan iaitu PNB melalui pelaburannya ASB telah mengumunkan dividen sebanyak 7.50% dan 1% berbentuk bonus. Ia juga dikatakan dividen antara yang terendah diberikan oleh PNB.



Adakah dividen yang diumumkan ini mengecewakan anda ataupun diri kita tidak ambil kisah asalakan ada dividen? Tepuk dada tanya selera. Disini juga saya ingin bandingkan antara ASB dan EMAS FIZIKAL dan yang mana lebih menguntungkan.

Saya beri contoh :

ASB
Sekiranya anda melabur dalam ASB sebanyak RM50,000. Dan membiarkan pelaburan anda itu selama setahun dan perolehan yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM3,750. Bermakna sebulan keuntungan anda hanya RM312.50. Adakah kita masih merasakan ia pelaburan yang terbaik?



EMAS FIZIKAL
Untuk pengetahuan semua apa yang boleh saya perkatakan, saya hanya menyimpan Emas selama 3 bulan sahaja dan memperolehi keuntungan sekitar 18%!! Ini bermakna sekiranya saya membeli Emas sebanyak RM50,000 dan saya akan memperolehi keuntungan sebanyak RM9,000 hanya untuk 3 bulan sahaja iaitu purata RM3,000 sebulan. Menarik bukan? Tetapi ia memerlukan ilmu dan kepakaran yang khusus dimana saya patut membeli dan menjual semula Emas saya tersebut.

Dengan itu saya sarankan agar kepada anda-anda semua hadir ke seminar Emas Public Gold untuk mengetahui lebih mendalam tentang ilmu Emas dan boleh juga menghubungi saya untuk sebarang kekeliruan dan pertanyaan.

Azhar Abdullah
019.665.7700
call/sms/whatsapp
Pengedar Sah Emas Fizikal Public Gold