Ahad, 27 Mac 2016

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA

Assalammualaikum w.b.t....
Bagaimana dengan simpanan Emas kita masing-masing?
Makin bertambah atau berkurang...?hmmmm
Simpanan Emas masing-masing kita sendiri yang menentukannya samada banyak atau sedikit yang penting kita sudah bermula dengan Emas Fizikal.
Itulah sebenar-benarnya pelindung kekayaan kita berbanding wang kertas.
Kali ini saya akan menulis tentang adakah Emas di terima diseluruh dunia berbanding wang kertas. Menarik bukan...
Apa yang saya boleh rungkaikan tentang Emas ialah merupakan satu-satunya aset yang diterima di mana-mana sekalipun diseluruh dunia. Ini FAKTA!

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi Kecairan Emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Perkembangan Institusi Ar-Rahnu di Malaysia memudahkan anda mendapat pinjaman dalam bentuk tunai sehingga 70% daripada nilai Emas anda.
Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa Emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan Emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975).

Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa Emas kerana mereka percaya Emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?

Ilmu itu yang membezakan kedudukan kita dengan yang lain. Dalam dunia mereka mungkin wang kertas itulah segala-segalanya tetapi bukan saya dan anda-anda semua.
Fikirkan saja bagaimana RM boleh merudum...inflasi yang tinggi di venezuela...ini kerana wang kertas boleh dimanipulasi pada bila-bila masa saja tanpa sebarang petunjuk.
Tetapi tahukah anda bagi mereka yang asetnya berbillion USD dan sebagainya mereka masih memilih EMas sebagai wealth protector mereka. Itu yang kita tidak tahu dan kerana itulah mereka mampu mengekalkan kekayaan walaupun apa pun yang terjadi pada Ekonomi Dunia....wallahualam

Azhar Abdullah
019.665.7700
call/sms/whatsapp
Pengedar Sah Emas Fizikal Public Gold
PG Code : 042248