Khamis, 13 Ogos 2015

Kenapa perlu beli Emas bila harga rendah?

Kenapa perlu beli Emas bila harga rendah?
Dalam kita membuat pelaburan Emas Fizikal maka kita akan beli dan simpan Emas tersebut. Bila masa kita akan membeli?

1 - Saya akan membuat belian secara konsisten setiap bulan.
2 - Ada duit saya beli.
3 - Kalau rasa nak beli saya beli. ( Main beli jerr )
4 - Saya beli masa harga rendah.
5 - Saya beli masa harga rendah dengan kuantiti yang banyak.
6 - Harga makin naik saya beli. ( Belian panik )

Yang mana satu jawapan anda? - Perlu diingatkan jika membuat pelaburan dalam Emas anda perlukan guru/mentor. Kerana mereka inilah yang akan membantu anda. Jika tidak, banyak yang akan terjadi pada point no.3 dan 6. Itu sesuatu yang amat merugikan. Saya sertakan contoh dengan nilai RM100:
Pembelian berdasarkan GAP Public Gold :

29.04.2015 - RM100 = 0.6579 gram
21.07.2015 - RM100 = 0.6803 gram

Yang mana lebih menguntungkan?
- Anda sendiri boleh menilai. Dalam kita membuat simpanan dan pembelian Emas Fizikal, apa yang penting adalah berapa banyak GRAM yang akan anda perolehi pada waktu tersebut dan bukannya berapa banyak yang anda telah anda belanjakan RM untuk mendapatkan Emas tersebut. Berapa banyak GRAM Emas yang anda ada kini? Itu bezanya pelaburan Emas yang ada mentor dan tiada mentor.

- Pihak saya pula akan sentiasa update harga terbaik dengan semua pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia untuk mereka mendapatkan Emas Fizikal mereka dengan harga yang terbaik & lebih GRAM untuk simpanan dan pelaburan mereka. Pelanggan puas hati saya pun senang hati.

Untuk info dan pertanyaan :
019.665.7700 call/sms/whatsapp
Mohamad Azhar bin Abdullah PG042248