Khamis, 21 Mei 2015

8 Kelebihan Utama Emas Public Gold

         
Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain? Jawab saya, tentunya Public Gold. Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi sepanjang pemerhatian saya sejak 2010, emas Public Gold yang paling senang beli, senang jual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.
Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 8 point yang saya senaraikan ni. Dan cuba bandingkan emas Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas lain yang ada dalam pasaran. Bila nak beli emas, tak boleh tengok cuma satu kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar! Itu kes yang pernah saya jumpa.
Cuba teliti 8 kelebihan utama emas Public Gold ni, dan buat perbandingan:

#1 – Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

#2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran

Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas. Susut nilai emas Public Gold cuma 4.5% – 8% jer, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Saya perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia sebab susut nilai dia kecil. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1% (Normal Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dan 2% (Master Dealer). Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 4.5%), susut nilai sebenar cuma 2.5% (4.5% – 2.0% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 2.5%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock. Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

mesej public gold harga rendah
Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.


#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat Mac 2014 ni, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

cawangan public gold di Malaysia16 cawangan seluruh Malaysia.  Senang beli, senang jual.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.


#5 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.
Mulai pertengahan tahun 2011 dulu, banyak ar-rahnu tak terima pajakan hampir kesemua jenis dan jenama gold bar dan dinar (termasuk Public Gold) sebab isu manipulasi pemajak tegar yang menjejaskan cashflow ar-rahnu. Masa tu, ar-rahnu agak “memilih” jenis emas untuk diterima sebagai cagaran pinjaman. Tapi mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.

ar-rahnu public goldAntara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.


#6 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.
Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 24 jam, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

harga emas kitcoHarga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia www.kitco.com

#7 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Tak ada masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.


#8 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.


Setiap keping emas disertakan sijil ketulean yang disahkan oleh assayer bebas.(Lama)


Bermula pd tahun 2013 Public Gold telah memperkenalkan Gold Bar nya yg bertaraf LBMA.

Ini membolehkan Emas Fizikal keluaran Public Gold dikecualikan dari GST. Yang mana menjadi syarat utama Kastam bagi mana-mana Emas Pelaburan yang diiktiraf LBMA sahaja dikecualikan dari GST. Adakah Emas Pelaburan anda dikecualikan dari GST? Bagaimana kita hendak mencipta lebih banyak keuntungan sekiranya Emas kita itu dikenakan GST. Pilihan ditangan anda. Dengan kriteria yang diberikan diharapkan mereka yang ingin memulakan Pelaburan ataupun sudah lama memulakan Pelaburan Emas ini dapat memahami pentingnya kriteria-kriteria tersebut agar dpt membantu anda membuat pilihan yang terbaik dalam memaksimumkan keuntungan Pelaburan Emas kita semua. 

Untuk pertanyaan dan maklumat mengenai Pelaburan Emas Fizikal Public Gold boleh berhubung terus dengan saya di talian : 019.665.7700 call/sms/whatsapp

Ataupun boleh ke Page www.facebook.com/AzharGoldWealth utk info.
Boleh juga ke IG : Instagram.com/azharabdullah_agw utk harga Emas Fizikal yang menarik buat anda!

Sekian, 

Mohamad Azhar bin Abdullah
Authorized Dealer Public Gold Int. - PG 042248



Khamis, 14 Mei 2015

Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!


Post image for Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!

Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun!
Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, kita dah boleh ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa.  Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!

Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?
Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…
Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?

Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.
Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.
Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.
Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?

Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?
Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya…

Pelaburan Emas Sebenar?

Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul.Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.
Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.

Inginkan info & cara membuat simpanan/pelaburan Emas Fizikal yg selamat dan tepat.
Hubungi saya di talian : 019.665.7700 call/sms/whatsapp
Instagram : azharabdullah_agw
Page : facebook.com/AzharGoldWealth