Jumaat, 3 April 2015

Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?

Ramai orang baru yang nak beli emas, tapi risau nak simpan di mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Ini antara persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.

Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas, majoriti mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas, beli emas tapi cuma dapat kertas dan nombor jer. Kalau macam tu, lebih baik simpan duit dalam Tabung Haji jer sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Dari sudut simpanan sebenarnya tak perlu risau. Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan, boleh jer simpan dengan Public Safe dengan caj cuma 1% setahun melalui servis Allocated Gold Storage Service (“AGSS”). Bagi saya, simpan emas dengan servis AGSS ni adalah pilihan terakhir sebab kos dia agak mahal berbanding sewa sendiri safe deposit box. Cuma kelebihan AGSS ialah kita boleh beli secara online, dan jual pun secara online. Tak perlu datang ambil emas di office Public Gold. Bila nak pakai duit, boleh jual balik secara online kepada Public Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu pun boleh, dan Public Gold tak kenakan sebarang caj tambahan.

7 Kelebihan Emas Fizikal

Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:
  1. Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
  2. Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
  3. Duit simpanan lebih bertahan lama
  4. Urusan dan waktu jual beli fleksibel
  5. Selamat dari dibekukan oleh bank
  6. Selamat dari bencana kewangan
  7. Simpanan emas patuh syariah

#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu.
Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.
buku akaun bankDuit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.

#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.
Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.
5 tahun harga emasPenyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka.
Teknik ni saya panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang!
Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira dan risikonya.

#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.
Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.
testimoni seronok simpan emas
Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.
Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas Public Gold paling senang urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.

#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank

Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan
yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya. Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan

Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan. Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan 1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.
pelaburan emasIni salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank.

#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin.
Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.
Azhar Abdullah 019.665.7700 call/sms/whatsapp
PAGE : AzharGoldwealth
IG : azharabdullah_agw


Rabu, 1 April 2015

Emas Untuk Simpanan dan Emas Untuk Pelaburan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai seorang penyimpan emas dan pelabur emas, saya mempunyai tips yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Iaitu berkenaan emas untuk simpanan kekal dan emas sebagai pelaburan.
Untuk pengetahuan anda,
Ada emas yang perlu anda simpan sebagai harta kekal dan ada emas yang anda beli sebagai pelaburan.


Emas sebagai simpanan kekal

Simpanan kekal bermaksud, emas itu anda akan pegang terus tanpa ada sedikit pun niat menjual balik.
Walau setinggi mana pun harga emas, anda akan simpan emas ini.




Ia adalah harta anda.
Ia adalah insurans kewangan anda.
Jika memerlukan wang, anda hanya perlu menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu. Kemudian anda tebus semula dan simpan elok-elok.
Kalau dah tiba ke akhir hayat, pass ajer emas ini kepada anak-anak@waris anda sebagai harta pusaka.

Emas sebagai pelaburan

Emas yang disimpan sebagai pelaburan pula, perlu dijual bila mencecah target keuntungan, contohnya bila kenaikan harganya 30% ke 25% (ikut personal preference masing-masing).


Bila dah cecah target profit, jual ajer.
No heart feeling.
It is just business.

Mulakan simpanan emas anda sekarang

Sebenarnya mudah sangat nak bermula simpan emas. Anda boleh mulakan simpanan emas dengan hanya RM100 atau 1 gram.

Untuk maklumat lanjut hubungi saya :



                                      Azhar Abdullah 019.665.7700 call/sms/whatsapp
PAGE : AzharGold Wealth
IG : azharabdullah_agw