Selasa, 9 Disember 2014

Zakat Emas & Perak

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA

Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikt hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat islam dapat dijalan.




Zakat Emas dan Perak 


1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik onang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab; 

(e) genap setahun.

2. Barang tersebut bukan dijadikan barang perhiasan wanita

3. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

4. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. 


(Surah At-Taubah: Ayat 34) 

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK


1. Emas Perhiasan Wanita
  • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
  • Contoh: (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125



2. Emas Yang Disimpan
  • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
  • Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

3. Perak
  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

LIKE PAGE : https://www.facebook.com/AzharGoldWealth di FB sekarang!

Selasa, 2 Disember 2014

Dinar sebagai Tabungan!




Tentu anda semua masih ingat lagi bagaimana ibubapa kita mendidik kita untuk menabung
Saya masih ingat lagi ketika itu saya menabung menggunakan tabung gajah. Ada yang 
menggunakan tabung yang diperbuat dari buluh dan sebagainya. Sekarang ini cara menabung 
seperti itu sudah kurang digunakan, mungkin sudah tidak digunakan lagi. Walau apa cara 
digunakan, amalan menabong adalah satu amalan yang baik.

Konsep menabung itu adalah sama dengan konsep menyimpan. Bak kata pepatah melalu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Kata Haji Bakhil pula, “satu sen pun kalau dikumpul, boleh beli ghumah batu”. Menabung atau menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah satu amalan yang sepatutnya diteruskan tanpa henti. Ini adalah kerana jika ada apa-apa keperluan atau musibah yang bakal berlaku dimasa mendatang, sekurang-kurangnya wang simpanan itu dapat meringankan bebanannya.


Tentu sekali anda bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah yang hendak dibeli hendaklah disediakan disamping cost peguam sebelum anda dapat meminjam dari mana-mana institusi kewangan bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Setelah rumah sudah siap dan boleh diduduki, mungkin sedikit ubahsuai seperti memasang grill dan sebagainya disamping perabut dan peralatan lain diperlukan. Ini semua memerlukan wang. Jika tidak ada simpanan, bagaimana mungkin boleh terlaksana.


Berbalik kepada tabungan dan simpanan. Berapa banyak simpanan ada setiap bulan, bergantong kepada kemampuan anda sendiri, lagi banyak lebih baik.


Contoh: Anda menyimpan RM250/bulan x 12 bulan = RM3,300 x 10 tahun = RM30,000

Masalahnya nilai RM30,000 pada 10 tahun akan datang tidaklah sama dengan nilai RM30,000 sekarang kerana ringgit dimamah inflasi. Jadi anda perlu menyimpan lebih dari RM250/bulan.


Bagaimana pula jika anda menabung atau menyimpan emas? Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Katakanlah anda menyimpan Dinar Emas.







Contoh:

Anda menyimpan 1/2 dinar/bulan x 12 bulan = 6 dinar x 10 tahun = 60 dinar emas

Harga dinar hari ini 1 dinar = RM550 x 60 dinar = RM33,000
Andaian peningkatan harga dinar sebanyak 15% setahun x 10 tahun = 150%
Harga dinar anda 10 tahun akan datang = RM33,000 x 150% = RM49,500

Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Statistic ini dapat dilihat dari website Bank Negara Malaysia.

Dari contoh diatas, anda cuma menyimpan 1/2dinar sebulan, lebih kurang RM250/bulan dan nilai simpanan anda 10 tahun akan datang, jauh lebih besar berbanding menyimpan dengan ringgit. Disamping itu juga emas boleh dipajakkan di Ar-Rahnu Bank Rakyat atau Ar-Rahnu Agro Bank untuk menampong kesakan sementara.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan samada hendak menyimpan dengan , 1/2dinar, 1 dinar, 5 dinar atau 10 dinar. Disini pilihan anda untuk mendapatkan dinar adalah:

1 – Dinar Emas Kelantan – 1dinar, 1/2dinar dan 1/4dinar (hanya di Kelantan sahaja)
2 - Dinar Public Gold - 1/2 Dinar , 1 Dinar , 5 Dinar & 10 Dinar***

LIKE PAGE :  https://www.facebook.com/AzharGoldWealth di FB sekarang!