"Jika aku ada RM10,000.00 di manakah patut aku
laburkan wang RM10,000.00 aku ini ?"
"Perlaburan yang manakah yang lebih
menguntungkan ?"
"ASB atau Emas ?"
atau
Memang logik persoalan di atas pastinya akan berlegar di minda kita. Kenapa saya bandingkan emas denganASB? Ini kerana ASB merupakan pilihan utama di kalangan kaum bumiputera untuk melabur bagi pendidikananak di masa hadapan.
Untuk lebih jelas, elok kita buat perbandingan katakan jika kita membuat perlaburan RM10,000.00 untuk kedua-dua pelaburan ini.
1. Labur RM10,000.00 dalam ASB
Jadual ini menunjukkan dividen dan bonus ASB sejak 1990-2010
2. Labur RM10,000.00 dalam EMAS
|
Graf menunjukkan kenaikkan harga emas sejak 1985-2010 |
|
Jadual menunjukkan perubahan harga emas seberat 100g sejak 2001 - 2011 |
Andaikan anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 dengan modal bernilai RM10,000.00. Pada 2011, iaitu selepas 3 tahun anda menyimpan emas tersebut, nilainya sudah meningkat ke RM18000.00. Memanguntung bukan? Berapakah peratus keuntungannya? Mari kita kira:
Untung = RM18000.00 - RM10,000.00 = RM8000.00
Peratus keuntungan selama 3 tahun = (8000.00/10000) x 100% = 80%
Peratus keuntungan selama 1 tahun = 80 % bahagi 3 = 27%
Jika nak dibandingkan dengan ASB, yang manakah pilihan anda? Tepuk dada, tanya minda! Daripada kiraan di atas jelas menunjukkan peratus keuntungan menyimpan emas boleh melebihi 20%, sedangkan jumlah dividen & bonus ASB tidak pernah mencapai 10% sejak 5 itahun kebelakangan ini.
ASB & INFLASI
Adakah anda rasa selamat jika simpan duit dalam ASB? Fikir sekali lagi..Kita sebenarnya
dirompak oleh inflasi.. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun.
Bermaksud kuasa beli semakin berkurang.
Pada tahun 2000, harga sebuah rumah teres intermediate di KL = RM180,000.00
Pada tahun 2010, harga rumah yang sama = RM 300,000.00
Ini menunjukkan nilai wang kita semakin berkurang. Lihat saja harga minyak yang
melambung naik, semuanya kerana inflasi!
SIMPANAN EMAS & PERAK-Pelaburan Alternatif
Bagi saya,pelaburan terbaik ialah perlaburan hartanah (rumah sewa). Walau
bagaimanapun, hartanah memerlukan modal yang besar dan sukar untuk
menjual hartanah dalam masa yang singkat. Maka saya syorkan, pelaburan alternatif yang
boleh memberi
pulangan yang besar juga iaitu emas…kenaikan 20-30% setahun!
Kesimpulan:
Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001, setelah 9 tahun berat yang sama
tapi
harganya sungguh berbeza dan menakjubkan..Sekiranya anda mempunyai RM10000 pada
tahun 2001 dan membeli 300g emas? Ha…jelas menunjukkan keuntungan jika dilaburkan
untuk jangka masa panjang.
Justifikasi:
Rakan saya membeli emas seberat 100gram pada 23/3/2010 pada harga berikut…
Boleh tolong kira berapa peratus kenaikan harga emas 100g rakan saya mengikut harga
sekarang? Berikut cara kiraannya:
Pada 23/03/10, harga 100g emas = RM12, 929.00
Pada 25/10/11, harga 100g emas = RM 18,342.00
Keuntungan = RM 18,342.00 - RM12, 929.00 = RM 5413.00
Peratus keuntungan untuk tahun tersebut = (5413.00/12929.00) x 100%
= 41.87% setahun
( sila bandingkan dengan ASB )
Ilmu dah ada, tindakan anda yang seterusnya paling penting.
Rugi tak tahu tentang simpanan emas ini dari dulu lagi. Tapi lebih rugi jika dah tahu dan
tiada tindakan! Nak beli emas atau perak, sila hubungi: