Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Pagi ini saya ingin berkongsi tips penting bagaimana menyelesaikan pinjaman bank yang dibuat semata-mata untuk pelaburan emas dalam masa yang lebih singkat. Jika tanggungan pinjaman tersebut settle awal, maka lebih cepatlah juga kita akan mendapat keuntungan!
1. Jika kita menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, kita MESTI merancangbagaimana anda BOLEH membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
2. Tujuannya, walaupun kita mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada kita membuat bayaran balik pinjaman tersebut.
STRATEGI PELABURAN
En Faizan menggunakan data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf di atas agar kita dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan kita membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
RM200,000 bahagi RM400 = 500 keping
Maka kita boleh membeli 500 keping Emas 1 Dinar dengan modal sebanyak RM200,000 tadi
3. En Faizan memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar kita mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
4. Setiap bulan, JUAL 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman bulanan iaitu RM3200 sebulan tadi. Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
2009 - RM450
2010 - RM550
2011 - RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun kita akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar.
Mengambil kira tempoh 3 tahun, berikut adalah fakta menarik yang perlu kita renungkan bersama!
Amazing Fact 1: Pengiraan jumlah bayaran balik :
Tahun 2009 = 96 x RM450 = RM43,200
Tahun 2010 = 96 x RM550 = RM52,800
Tahun 2011 = 96 x RM650 = RM62,400
JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400
Amazing Fact 2 : BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN = RM41,600
JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun =288 Keping
Tahun 2009 = 96 x RM450 = RM43,200
Tahun 2010 = 96 x RM550 = RM52,800
Tahun 2011 = 96 x RM650 = RM62,400
JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400
Amazing Fact 2 : BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN = RM41,600
JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun =288 Keping
Amazing Fact 3: Baki Yang BELUM Dijual
JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping
JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 288 Keping
JUMLAH DINAR YANG BELUM DIJUAL = 212 Keping
212 Keping x RM713 Harga Dinar Sekarang = RM151,156 (Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki)
RM151,156 - RM41,600 (Baki Pinjaman) = RM109,556
212 Keping x RM713 Harga Dinar Sekarang = RM151,156 (Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki)
RM151,156 - RM41,600 (Baki Pinjaman) = RM109,556
Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM109,556 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!
Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI.
Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
LIKE PAGE : AzharGoldWealth di FB sekarang!
Mohamad Azhar bin Abdullah
019-665 7700 ( boleh juga whats apps )
azharbusines@gmail.com
Facebook: AzharGoldWealth